Zahid akan hadir Muktamar Pas

Zahid akan hadir Muktamar Pas

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan akan menghadiri Muktamar Pas Pusat yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 16 September ini di Terengganu.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah menerima jemputan tersebut menerusi barisan kepimpinan Pas.

Menurutnya, sayap UMNO termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri juga dijangka hadir dalam majlis tersebut bagi memberikan sokongan moral kepada Pas.

“Saya sendiri dapat ‘endorsement’ (sokongan) daripada kepimpinan tertinggi Pas. Komitmen kita bukan sekadar berpidato, tetapi menerusi kerja dan keikhlasan. Insya-Allah kita akan bekerja keras. Ini bukan soal imbuhan.

“Ketepikan protokol. Ini adalah perjuangan. UMNO akan beri sokongan kuat kepada Pas menerusi titik persefahaman yang telah terbentuk sebelum ini,” katanya ketika berucap dalam majlis Ceramah Mega Kesatuan Blok Pembangkang di Bandar Sunway di sini, malam ini. – UTUSAN

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...