APA TUJUAN TUN M LAWAT EQUANIMITY

Oleh Mohd Puad Zarkashi

1. Apa tujuan Tun M melawat kapal Equanimity? Apakah untuk mensensasikan lagi isu 1MDB selepas 5 tahun masih gagal untuk mendakwa sesiapa.

2. Tun M perlu jawab, untung atau rugi bawa balik kapal Equanimity ke Malaysia. Kos penyelenggaraan ialah RM2 Juta sebulan bukan setahun. Ada lagikah duit baki refund GST dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan (consolidated) untuk menanggung kos penyelenggaraan itu.

3. Bagaimana Tun M mahu jual segera kapal tersebut kalau Kerajaan sendiri belum ada bukti kukuh bahawa pembeliannya menggunakan wang curi dari 1MDB. Tun M cuma mampu kata dia yakin walaupun tanpa bukti hitam putih. Jho Lo telah memfail notis untuk menghalang kapal itu dijual maka rakyat akan menanggung lebih lama kos penyelenggaraan RM2 Juta setiap bulan kapal tersebut.

4. Tun M patut jawab isu yang lebih besar, kenapa benarkan Peguam Negara melantik peguam 1MDB daripada firma guaman milik Tommy Thomas. Jelas nepotisme dan kronisme berlaku. Tommy Thomas menjelaskan, Ms Sitpa Nevaratnam dipilih kerana pengetahuan dan pengalaman beliau dalam bidang Admirality Law atau The Law of Shipping.

5. Apakah itu jawapan munasabah. Kalau ikut munasabah tidak mungkin di negara kita ini ada seorang sahaja pakar dalam bidang Admirality Law. Sampai bila Peguam Negara ini dilanda kontroversi. Sudahlah perlantikan beliau dipersoalkan kerana dia bekas Peguam Lim Guan Eng, kini timbul pula cerita dia akan menggugurkan dakwaan terhadap Lim Guan Eng.

6. Mana Bar Council. Kenapa senyap?Sebab itu ketelusan dan rule of law semakin diperkosa oleh Kerajaan PH.

12 Ogos 2018