PASIR SALAK 1 Sept. – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan UMNO tidak pernah memerlukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kelangsungan parti itu.

Menurutnya, sebaliknya Anwar yang akan memerlukan UMNO satu masa nanti demi survival politiknya

Beliau berkata, UMNO tidak memerlukan individu seperti Anwar yang pernah lari daripada UMNO.

“Namun Allah menjadi saksi, UMNO bukan sahaja tidak mati hari ini malah tampil lebih perkasa.

“Ini kerana kerana UMNO tidak bergantung pada mana-mana individu mahupun pemimpin tertentu sebaliknya kekuatannya lahir dari komitmen orang Melayu secara keseluruhan terhadap perjuangan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Himpunan Melayu Bangkit di pekan Kampung Gajah dekat sini hari ini.

Anwar dalam wawancara dengan sebuah akhbar baru-baru ini berkata, beliau menolak sebarang kerjasama dengan UMNO selepas dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Dr. Mahathir. – UTUSAN ONLINE