Tunggu 20 tahun nak jadi PM – Anwar

Tunggu 20 tahun nak jadi PM – Anwar

IPOH 22 SEPT. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya menegaskan sudah me­nunggu untuk jawatan tersebut selama 20 tahun.

Sehubungan itu kata beliau, keputusannya untuk bertan­ding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini tidak perlu dipersoalkan.

“Apa masalahnya? Lainlah kalau saya bertanding 13 Oktober, kemudian pada 15 Oktober saya akan bawa undi tidak percaya terhadap Tun (Dr.) Mahathir, kalau itu iyalah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Amanat Perdana Malaysia Baharu di Dewan Auditorium RTM di sini hari ini.

Anwar mengakui wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti terhadap keputusannya bertanding dalam PRK tersebut.

Namun jelasnya, beliau mendapat sokongan sebulat suara daripada pimpinan parti untuk memberi kemenangan kepadanya.

Dalam ucapannya, Anwar turut menjawab tuduhan bahawa beliau seorang yang ‘sangat Melayu’ dan ‘tidak Islam’.

Beliau melontarkan persoalan adakah perlu menghilangkan Melayu dan Islam pada dirinya untuk layak menjadi Perdana Menteri.

“Saya katakan kepada mereka, kalau saya hilang Melayu, saya hilang Islam, maka saya tak layak jadi Perdana Menteri.

“Sudah tentu kita nak pertahankan kedudukan Melayu, namun dalam parti ini, ramai kaum India menjadi ahli maka walaupun saya mempertahankan kepentingan orang Melayu, saya juga kena jaga orang-orang yang beri sokongan kepada parti,” katanya

 

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...