Oleh Mohd Puad Zarkashi

Beberapa hari selepas batalkan  East Coast Rail Link (ECRL), Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) dan bakal tamatkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kini orang asing pula tidak dibenarkan membeli hartanah di Forest City Gelang Patah Johor. Tindakan ini umpama dendam bersiri ke atas individu demi individu. Ibarat seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Tetapi itulah watak Perdana Menteri sekarang. Tidak berubah macam dulu. Suka mencari musuh dan berdendam. Ini yang berlaku kepada Pak Lah dan Najib. Kenapa hanya tertumpu kepada Forest City sahaja.

Adakah untuk membela Tanjung Pelepas milik kroni. Persoalannya betulkah orang asing tidak boleh memiliki hartanah di Malaysia. Apakah ini polisi Malaysia Baru iaitu polisi “ikut suka aku” (ISA)?

Pokoknya negara China seperti musuh kepada Tun Mahathir. Sudah pasti Tun Mahathir  tahu kesan buruk bila berkelahi dengan China. Tapi beliau tidak peduli itu semua. Tindakan “selective”, tidak konsisten dan merekacipta alasan untuk “jusified” tindakan, adalah sesuatu yang membengongkan.

Sebelum itu Tun Mahathir mendakwa 700,000 orang akan mendapat kewarganegaraan kerana Forest City. Kini cukup dengan kenyataan tidak akan memberi visa. Ia secara tidak langsung akan melingkupkan Forest City yang menyediakan 220,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2035.

Forest City adalah projek penambakan (reclamation 1,386 hektar). Ia membesarkan saiz Johor. Semua tanah utama di Johor Bahru sudah habis diratah oleh Tan Sri Muhyiddin semasa dia jadi Menteri Besar dahulu. Melalui langkah kreatif iaitu penambakan, Malaysia melalui Johor masih mampu bersaing dengan Singapura. Ia mendatangkan hasil kepada Johor seperti sewa tanah dan sewa pintu.

Lagi pun Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) anak syarikat Kerajaan Negeri adalah antara pemilik saham Forest City. Jelas langkah ISA Tun Mahathir umpama mensabotaj negaranya sendiri.

29 Ogos 2018/17 Zulhijjah 1439