Tiada kerjasama Umno-PH

Tiada kerjasama Umno-PH

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mempertimbangkan kerjasama dengan UMNO.

Jelasnya, kerjasama tersebut tidak pernah dipertimbangkan, namun mengakui tidak meramalkan sekiranya kerjasama itu akan berlaku pada masa akan datang.

“Hal akan datang itu ‘que sera sera’ (masa hadapan di luar kawalan). Tetapi buat masa ini, tidak ada langsung dalam pertimbangan,” katanya kepada pemberita di Singapura seperti dilapor portal Malaysiakini, hari ini.

Sementara itu, Anwar menyatakan bahawa beliau tidak bimbang dengan dakwaan UMNO sedang mengkaji untuk bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kenapa risau? Mereka boleh berbincang dengan sebarang anggota gabungan PH. Tiada masalah,” katanya. – UTUSAN

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...