Acara Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW2018) sedang rancak berlangsung di ibu negara.

Membuka tirai pada Rabu lalu, KLFW2018 menampilkan barisan pereka fesyen tempatan yang mempersembahkan kehebatan rekaan masing-masing.

Selebriti juga tidak terkecuali dalam memeriahkan pentas KLFW2018.

Pelakon Nazim Othman turut terlibat dalam menggayakan koleksi jenama Atelier FITTON yang berlangsung pada malam tadi.

Menggayakan beberapa helai pakaian jenama tersebut, salah satu busana yang digayakan Nazim menampakkan sosok tubuhnya.

Menerusi laman Instagram miliknya, Nazim memuat naik foto ketika dia sedang ‘catwalk’ di pentas KLFW2018 dan ia mengundang perhatian netizen.

Ada pengikutnya mula memanggil Nazim dengan gelaran ‘duda hot’.

Di sebalik komen positif, ada juga netizen yang meninggalkan komen menegur Nazim berkenaan dengan soal aurat.

Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Bella Dally pada 10 September 2016.

Dua tahun berkahwin, pasangan ini mengumumkan mengenai perpisahan mereka pada Ramadan lalu.

GEMPAK