Tamrin cuba hasut rakyat hapuskan Raja

Tamrin cuba hasut rakyat hapuskan Raja

JOHOR BAHRU 5 Sept. – Angkatan India Setia Johor (AISJ) menyifatkan kandungan tulisan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Abdul Ghafar terhadap Tunku Mahkota Johor dalam Facebooknya sebagai celupar dan menghasut.

Pengasas AISJ, S. Deva berkata, dakwaan tersebut tidak sewajarnya dipandang ringan dan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap anak kedua Tun Abdul Ghafar Baba itu.

“Lebih menyedihkan tulisan itu ditulis oleh seorang individu berbangsa Melayu yang merupakan anak kepada seorang bekas negarawan dan Almarhum bapanya mempunyai jasa cukup besar kepada negara ini termasuk pejuang dalam mendokong serta mempertahankan Institusi

Diraja di negara kita selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurusi tulisan bertajuk Tuduhan Jahat, Mengapa Polis Takut Bertindak yang disiarkan dalam Facebook Mohd. Tamrin pada 20 September lalu mendakwa Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat tuduhan berat terhadap kerajaan yang didakwa mengintipnya dan Sultan Johor.

Tamrin mendakwa, tuduhan putera sulung Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu bukan sahaja berat tetapi serius dan jahat, sehubungan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus mengambil tindakan terhadap Tunku Mahkota Johor itu yang digelarnya sebagai ‘budak’.

Menerusi tulisan itu juga, Tamrin menggesa PDRM memanggil Tunku Ismail atas kenyataannya seperti biasa dilakukan terhadap rakyat dan jika enggan memberi keterangan di balai polis, maka waran tangkap sepatutnya dikeluarkan.

Deva berkata, tuduhan Tamrin sangat serius, tidak boleh dipandang ringan dan jelas bercanggah dengan prinsip rukun negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

“Rujuklah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang jelas memberi kuasa kepada pertimbangan Kerajaan serta pihak berkuasa untuk melindungi Kedaulatan Raja-Raja Melayu,” katanya. – UTUSANBhd

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...