Siti Kasim mahu pengundi Port Dickson ‘ajar’ PKR

Siti Kasim mahu pengundi Port Dickson ‘ajar’ PKR

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Peguam kontroversi, Siti Kasim menyeru pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson agar mengajar PKR dan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya tersebut nanti.

Menurut Siti Kasim, PRK Port Dickson adalah pilihan raya ketiga diadakan khas bagi membolehkan keluarga Anwar bertanding.

Dalam Instagramnya, Siti Kasim memohon kepada pengundi agar tidak memilih Anwar dan memberi kemenangan kepada pembangkang.

“Jangan undi Anwar. Biar pembangkang menang. PKR dan keluarga Anwar mesti diberi pengajaran. Mereka lakukan perkara ini sebanyak tiga kali.

“Tidak boleh lagi! Mereka fikir mereka boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahu atas tanggungan kita? Tidak! kata Siti Kasim.

Pada Julai 2008, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding dalam pilihan raya kecil di kerusi Parlimen tersebut.

Pada 2014, dengan ‘Langkah Kajang’, ADUN Kajang dari PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan bagi memberikan laluan kepada¬† Dr. Wan Azizah bertanding pada PRK kawasan itu.

Langkah tersebut didakwa bertujuan untuk menjadikan Dr. Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.-Utusan

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...