Pelakon Siti Elizad, 34, telah memuatnaik satu soalan ditanya oleh pengikutnya di Instagram yang bertanyakan perancangan untuk berkahwin sedangkan pada hakikatnya, dia sudah mempunyai suami.

Elizad telah memberi respon dalam nada gurauan menyatakan dia sedang gembira menikmati kehidupan bujang serta banyak meluangkan masa bersama ‘anak ikan’.

“Bila nak kahwin ya?” tanya salah seorang netizen.

“Ini soalan paling ‘win’ dalam banyak-banyak soalan, entah lah dik, saya seronok life macam ni, boleh keluar dengan anak ikan hari-hari, anak ikan saya pula berumur 46 tahun,” tulis Elizad di ruangan kapsyen entri tersebut.


‘Anak ikan’ yang dimaksudkan Elizad merujuk kepada suaminya Shamsul Baharin Rahman, 46, kenyataan yang dibuatnya itu adalah gurauan semata-mata.

Dalam perkembangan lain, Elizad kini sedang menyertai pertandingan Super Spontan Xtravaganza 2018 yang bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).-GEMPAK