Oleh Mohd Puad Zarkashi

Rakyat perlu mendesak Guan Eng letak jawatan. Tun M juga sepatutnya pecat dia dengan segera. Alasan paling kukuh ialah Guan Eng ada kes rasuah di mahkamah. Dia juga gagal mengukuhkan ekonomi negara, ringgit tetap lemah dan kemasukan pelaburan asing menyusut.

Terkini apa relevannya dia membawa usul supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC ) siasat semula kes 1MDB. Dia sendiri terpalit dengan kes rasuah berat. Sebenarnya dia ikut telunjuk Tony Pua. Menyiasat kembali bermakna Tony Pua dan DAP sebagai anggota PAC sebelum ini adalah “Bloody Idiot”.

Itu juga bermakna dia tidak percaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tuduh agensi tersebut gagal walaupun SPRM sudah umum siasat semula kes tersebut. Mereka juga menipu rakyat kononnya telah mendapat bukti kukuh daripada DOJ Amerika. Kerajaan tersalah congak ketika membawa balik kapal Equanimity kerana menambah beban baru dari segi kos penyelenggaraan.

Sedangkan saman DOJ Amerika terhadap Reza Aziz dan Jho Lo senyap begitu sahaja hingga ke hari ini. Dengan kata lain arah PAC siasat semula bermakna selama ini mereka tidak ada bukti kukuh.

Kesimpulannya 1MDB adalah nyawa mereka untuk meneruskan persepsi negatif dan menutup serta mengalih perhatian rakyat terhadap kegagalan janji 100 hari. Mereka mahu orang UMNO terus berbalah sesama sendiri menyalahkan Najib jika isu 1MDB berterusan.

Cubalah atasi masalah orang kampung kerana harga kelapa sawit jatuh teruk. Sememangnya Menteri Kewangan Malaysia hari ini adalah “Bloody Idiot”.

16 Ogos 2018/4 Zulhijjah 1439