Pelawak, pelakon, pengacara serta penyanyi popular, Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak muncul dengan single terbaru yang diberi judul Kau Takkan Tahu.

Menurut Zizan, dia amat bersyukur dan berpuas hati kerana perancangannya untuk melancarkan single tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana hasrat untuk menghasilkan single ini terlaksana walaupun pada masa yang sama, jadual saya padat dengan penglibatan dalam program Jozan serta filem animasi Wheely yang melibatkan kolaborasi bersama produksi dari negara seberang.

“Single Kau Takkan Tahu ini masih mengekalkan genre hip hop dan dicipta sepenuhnya oleh Alif by Magic Potions.

“Lagu ini berkisahkan tentang cinta sedih dimana seorang wanita bekerja di tempat yang sama dengan teman lelakinya dan sentiasa mengesyaki teman lelakinya menjalinkan hubungan dengan wanita lain sehingga akhirnya hubungan mereka terputus,” kata Zizan.

Dalam perkembangan lain, Zizan dikhabarkan telah dihubungi oleh sebuah produksi dari Indonesia untuk bekerjasama menghasilkan drama bersiri dan filem.-GEMPAK