Selepas 10 tahun menyepi tanpa karya terbaru, akhirnya Ruffedge kembali mewarnai arena muzik tempatan dengan single terbaru berjudul Seperti Mereka.

Single Seperti Mereka ini merupakan hasil ciptaan penuh anggota kumpulan itu sendiri iaitu Azan Addin.

Single ini dirakam khas oleh Ruffedge untuk peminat setia yang merindui karya terbaru mereka.

Ruffedge kembali mencuri perhatian peminat pada awal tahun ini apabila muncul membuat persembahan dalam majlis Anugerah MeleTOP Era 2018.

Seperti Mereka merupakan single terbitan MKZ Network dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 3 Ogos 2018.-GEMPAK