RM5 juta bagi memperkasakan usahawan wanita

RM5 juta bagi memperkasakan usahawan wanita

JOHOR BAHRU 11 Ogos – Kementerian Pembangunan Luar Bandar memperuntukkan RM5 juta bagi memperkasakan usahawan wanita melalui program latihan dan bimbingan dalam tahun ini.

Menterinya, Rina Mohd. Harun berkata, peruntukan tersebut sudah mula disalurkan menerusi program Wanita Inspirasi Ekonomi (WISE) 2018 kira-kira dua minggu lalu.

“Menyedari keperluan meningkatkan penglibatan wanita dalam keusahawan dan perniagaan, maka kementerian melalui Mara melancarkan program ini bagi pembangunan usahawan wanita.

“Kita menyasarkan lebih 5,000 usahawan wanita akan menerima manfaat daripada peruntukan yang disalurkan ini,” katanya ketika berucap dalam Program Menyantuni Transformasi Luar Bandar di Sports Prima Pandan, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang. – UTUSAN ONLINE

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...