Rakyat perlu bangkit jika kerajaan PH gagal

Rakyat perlu bangkit jika kerajaan PH gagal

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Rakyat Malaysia perlu bangkit jika kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah sekarang gagal memberikan yang terbaik.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam 100 hari kerajaan baharu ini diharapkan akan menyaksikan perkara yang memberi kebaikan kepada rakyat.

“Dari Madinah saya mendoakan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

“Dalam 100 hari kerajaan baharu kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik.

“Jika berlaku sebaliknya kesedaran rakyat harus dibangkitkan.

“Yang baik datang dari Allah. Yang sebaliknya angkara manusia,” kata Ahmad Zahid dalam catatan di twitternya malam ini. – UTUSAN

 

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...