KAHERAH: Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud mengeluarkan arahan membenarkan solat tarawih dilakukan di dua masjid suci di bandar itu.

Perkara itu disahkan Ketua Presiden untuk Hal Ehwal Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah Sheikh Abdul Rahman al-Sudais dalam satu kenyataan pada Rabu, lapor Reuters.

Ia susulan arahan larangan solat tarawih di dua masjid suci berkenaan dalam usaha negara itu membendung penularan koronavirus (COVID-19) yang dikeluarkan semalam.

Arab Saudi merancang melonggarkan perintah berkurung di beberapa bandar pada bulan Ramadan bagi membolehkan orang ramai membeli barang keperluan dalam kejiranan mereka.

Larangan kemasukan jemaah awam walau bagaimanapun masih berkuat kuasa.-Agensi