Oleh Najib Razak

Tan Sri Rafidah Aziz menjawab persoalan saya hari ini dan turut bertegas dengan sumpah beliau bahawa “setiap inci tanah’ berjumlah 40,000 hektar Kementerian Pertahanan dan tentera telah diswastakan dan kini dimiliki oleh tiga individu.”

Dia menggesa saya untuk bersabar untuk menanti tuduhan dengan memetik kenyataan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada 14 Jun lalu bahawa setiap tuduhan kesalahan terhadap kementerian tersebut akan disiasat.

Persoalan saya ialah perlukah mengambil masa 3 bulan untuk menentukan bahawa setiap inci tanah kementerian dan tentera sudah terletak bawah nama 3 individu?

Sekadar memeriksa Surat Hakmilik tanah sudah tahu. Tak sampai setengah hari pun.

Saya tahu tuduhan beliau tidak benar sama sekali.

7 September 2018-2.50pm