KUALA LUMPUR 4 Dis.- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy akan dipanggil untuk memberi keterangan hari ini berhubung rakaman video tular mengenai wawancaranya di Belanda kira-kira 10 tahun lalu baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sebelum ini pernah memanggil pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu namun beliau meminta penangguhan.
“Jika tiada apa-apa perubahan, kita akan ambil keterangan beliau hari ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Majlis Penyampaian Diploma Kepolisan dan Penyiasatan kepada pelajar Kolej Unikop di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini – UTUSAN ONLINE