KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di dalam Perutusan Khas Hari Pekerja mengumumkan bahawa perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung ketika cuti perayaan Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.

Perjalanan rentas negeri yang dibenarkan adalah bagi tujuan bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau tempat lain.

Aidilfitri tahun ini yang dijangka tiba pada 24 Mei depan, bakal menyaksikan buat pertama kalinya umat Islam seluruh dunia menyambut 1 Syawal itu tanpa tradisi kunjung-mengujung dan sebarang majlis keraian agar ia tidak mewujudkan kluster baharu di dalam rantaian wabak Covic19.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan selagi ia tidak membabitkan melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19.

“Jadi, saudara- saudari boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton.

“Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.

“Namun sukan yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan seperti bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium pula tidak dibenarkan,” kata Muhyiddin.-Mykita