KUALA LUMPUR, 31 Julai — AAMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) dijangka melancarkan platform pembayaran e-dompet bulan depan, kerjasama dengan antara syarikat telekomunikasi (telco) terbesar di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sulaiman Mohd Tahir, berkata e-dompet itu akan membolehkan pelanggan telco berkenaan membuat pembayaran di lebih 50,000 perniagaan sedia ada.

“Pengumuman mengenainya akan dibuat pada bulan depan atau berikutnya,” katanya pada sidang media selepas mesyurat agung tahunan syarikat berkenaan di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Jamie Ling, pula berkata, syarikat berkenaan akan membelanjakan sebahagian daripada perbelanjaan modal (capex) tahunannya kira-kira RM120,000 dan RM160,000 untuk membangunkan e-dompet berkenaan.

“Kebiasaannya, kira-kira 50 peratus daripada capex kami akan digunakan untuk pembangunan teknologi serta pendigitalan dan (pembangunan) e-dompet tertakluk di bawah peruntukan ini,” katanya. — Bernama