PH mula resah dan kelam kabut

PH mula resah dan kelam kabut

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Pakatan Harapan (PH) kini dipercayai dalam ke­adaan resah dan kelam kabut apabila Pas dan UMNO bekerjasama, sekali gus me­rugikan PH.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan mendakwa, komponen PH mula menyerang dan memfitnah kononnya Pas telah lari daripada dasar perjuangan asal apabila bekerjasama de­ngan UMNO.

“Mereka dilanda resah, jus­teru kerjasama ini merugikan mereka, bukan Pas. Sementelah PH hari ini sedang bergolak dan hubungan parti-parti komponen mereka tidak stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meramalkan gabungan baharu pakatan pembangkang yang turut disertai UMNO akan mengubah senario politik negara.

Menurut Nasrudin, perkembangan terbaharu melibatkan UMNO dan Pas itu adalah hikmah yang sangat besar kepada politik negara.

“Pendekatan terbaharu Pas dengan konsep ta’awun siasi (kerjasama politik) bersama UMNO dan merealisasikan politik dakwah dalam gerak kerja politiknya adalah berpaksi kepada tuntutan Islam yang selama ini menjadi dasar Pas,” katanya.

Tambahnya, politik dakwah menjadikan Pas bersikap terbuka kepada semua pihak, individu dan parti yang mahu mendekati dan bekerjasama dengan parti itu.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...