KUALA LUMPUR, 13 Ogos —  Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikatnya, Senegal Ltd, menandatangani perjanjian pajakan dengan TOTAL E & P Senegal SAS, anak syarikat TOTAL, untuk pengambilalihan 30 peratus kepentingan penyertaan dalam pembangunan minyak luar pesisir Senegal.

Pengambilalihan blok Rufisque Offshore Profond itu sekali gus menandakan penyertaan syarikat minyak negara ke pasaran Senegal, kata Petronas dalam satu kenyataan.

Ia berkata TOTAL akan mengekalkan peranan sebagai pengendali dengan ekuiti 60 peratus bersama Société Nationale des Pétroles du Sénégal (Petrosen), yang memegang baki 10 peratus lagi kepentingan.

Blok Profond Rufisque meliputi kawasan seluas 10,357 km persegi, luar pesisir Senegal dengan kedalaman air dari 100 meter hingga 3,000 meter.

“Ia terletak di sekitar kawasan penemuan blok minyak dan gas yang penting baru-baru ini iaitu St Louis Profond dan Cayar Profond dan Rusfique Sangomar OffShore Deep (RSSD). — Bernama