Perkasa dakwah dalam kerjasama dengan UMNO

Perkasa dakwah dalam kerjasama dengan UMNO

KUALA TERENGGANU 15 Sept. – Pas perlu memperkasakan konteks dakwahnya dalam usaha mengukuhkan pendekatan kerjasama ke arah kebaikan bersama UMNO.

Perwakilan Selangor, Dr. Zamri Zainuldin berkata, sebagai sebuah parti tarbiah, siasah dah dakwah, perkara itu perlu diberi perhatian oleh kepimpinan tertinggi bagi memastikan tautan kerjasama dilaksanakan atas prinsip Islam.Sambil memberi contoh tentang kisah kaum Yahudi, katanya, walaupun mereka musuh yang sangat membenci Islam tetapi dakwah tetap diturunkan kepada golongan berkenaan.

“Inikan pula UMNO dan parti Melayu lain dalam barisan pembangkang. Bahkan ada disebut dalam al-Quran, jika mereka datang kepada kita untuk meminta perdamaian maka berdamailah dan bertawakal kepada Allah.

“Oleh sebab itu saksikan semasa proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia walaupun tanpa kita ajak UMNO tetap bersungguh memberi bantuan yang tidak terkira,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden di Muktamar Tahunan Pas Ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini hari ini.

Menurut Zamri, ta’awun siyasi dengan UMNO ketika parti itu tidak lagi menerajui kerajaan berbanding pada tahun 1977 lalu pastinya berbeza, jadi perlu diteliti konteks penting termasuk dakwah. – UTUSAN

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...