Oleh Mohd Puad Zarkashi

Dalam satu perjumpaan tertutup Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) (didedahkan akhbar Strait Times Singapore) Tun Mahathir  berkata, dia perlukan 5 tahun dan bukannya 100 hari untuk menunaikan janji. Dia juga mengaku janji pilihanraya PH adalah melampaui batas. Menurut Tun Mahathir lagi, PH tidak sangka menang PRU ke 14. Dengan kata lain PH terkejut beruk kerana menang.

Sebagai langkah susulan, peranan “Council of Eminent Person” (NEP) akan diteruskan (walaupun berjanji akan ditamatkan bila cukup 100 hari PH memerintah). Manakala pemecatan akan diteruskan. Siapa mereka yang akan dipecat? Sudah tentulah beberapa orang Pegawai Tinggi Kerajaan.

Nampaknya CEP di bawah Daim akan lebih autoritatif dan digeruni. Bekas Ketua Hakim negara pun kena datang mengadap CEP. Kabinet Kerajaan akan menjadi second class. Sebab itu Menteri Menteri PH menjadi semakin “idiots”.

Hanya mampu berfikir soal kasut hitam, tandas untuk LGBT, tanam sayur belakang rumah dan naikkan cukai soda. Sepatutnya CEP yang ditutup kerana ekonomi gagal, hasil negara kurang, harga sawit naik, harga barang tidak turun, ringgit semakin lemah dan janji tidak tertunai. Malangnya, Pegawai Tinggi Kerajaan pula dimangsakan atau jadi kambing hitam. Mungkin Pegawai Tinggi berkenaan engkar arahan CEP.

CEP akan menjadikan kroni kapitalisme dan nepotisme berleluasa seperti kes penjualan SPLASH. Ia akan menjadi buffer zone antara Tun M dan Kabinetnya. Jika ada keputusan Kabinet yang dia tidak suka CEP akan digunakan untuk “over rule”. Rakyat Malaysia sekelian, bangkitlah hingga CEP dibubarkan.

Jika tidak, penipuan akan berterusan. “Tipu Tipu Tipu….Tepuk”. 3X.

18 Ogos 2018/ 6 Zulhijjah 1439