PERDANA Menteri, Tun Mahathir menuduh pentadbiran Najib Razak membuat ‘rundingan bodoh’ dengan China khususnya dalam perjanjian ECRL dan HSR apabila Malaysia terpaksa membayar kos berbillion ringgit sekiranya perjanjian tersebut dibatalkan .

Mahathir mendakwa perundingan sebegini tidak pernah berlaku di zaman beliau.  Mahathir merujuk kepada ganti rugi yang tinggi,terpaksa dibayar oleh negara sekiranya Malaysia membatalkan ECRL dan HSR.

Mahathir mendakwa beliau tidak pernah merundingkan perjanjian sebegini ‘bodoh’ apabila kerajaan perlu membayar gantirugi yang cukup besar sekiranya membatalkan projek dengan negara China itu.

Pada saya, perjanjian yang paling bodoh ialah ketika Perdana Menteri Ke-4 membuat pinjaman dengan Jepun untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dimana pinjaman dibuat didalam matawang Yen menyebabkan kerajaan (Malaysia Airport Berhad-MAB) terpaksa membayar berganda apabila berlaku kenaikan matawang Yen Jepun atau pun kejatuhan Ringgit Malaysia.

Malah, hingga kehari ini (selepas 20 tahun KLIA beroperasi) pun hutang pembinaannya masih terus dibayar apabila berlaku kenaikan Yen, manakala RM pada awal perjanjian berlegar pada RM2.50/1 USD, namun akhirnya jatuh lebih RM4.50/1 USD dan berlegar dibawah RM4/1USD hingga kehari ini.

Pinjaman yang dibuat di dalam Yen tidak lagi diulang oleh PM selepas itu khususnya Najib Razak. Sebaliknya dalam perjanjian pembinaan ECRL dan HSR pinjaman dibuat dalam Ringgit Malaysia. Malah lebih 99.8% pinjaman bagi projek projek pembangunan lainnya Najib Razak telah meterainya  didalam matawang Ringgit.

Justeru, apa pun yang berlaku kepada ringgit tidak akan merugikan negara.

Berhubung dakwaan Mahathir kononnya kerajaan terdahulu membuat ‘perjanjian bodoh’ apabila Mahathir mendakwa kerajaan terpaksa membayar gantirugi cukup banyak sekiranya membatalkan projek ECRL atau pun HSR, dakwaan itu memang ada benarnya kerana gaantirugi yang perlu dibayar oleh Kerajaan sangat mahal sekiranya membatalkan projek berkenaan.

Ia adalah terma biasa dan lumrah dalam mana-mana perjanjian kerana tidak ada negara yang menandatangani perjanjian kemudian akan menbatalkan- kecuali kerajaan Malaysia Baharu di bawah Pakatan Harapan

Lagi pun kedudukan ekonomi negara cukup baik ketika perjanjian dibuat. Malah kerajaan pimpinan Najib mendapat tawaran paling istimewa apabila hutang ECRL akan dibayar selepas 7 tahun ECRL beroperasi.

Tawaran ini tidak mampu diberikan oleh mana mana syarikat malah tawaran dibuat kepada Malaysia dibuat antara ‘negara dengan negara’ bukannya antara ‘syarikat dengan syarikat’.

Blomberg meletakkan Malaysia sebagai negara terbaik keadaan ekonominya ketika itu, dan adalah bodoh sekiranya Malaysia membuat perjanjian semata-mata untuk membatalkannya.

Malaysia ketika itu membuat perjanjian dengan China hanya bermodalkan air liur. Kesediaan China untuk bersetuju dan mengorak langkah menggerakkan perjanjian itu adalah kerana ekonomi Malaysia cukup baik sekali. Kos ECRL Ketika itu dianggarkan antara RM55 billion hingga RM75 billion dan merupakan jumlah yang mampu dibayar oleh Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri Ke-7 menyatakan Malaysia tidak mampu membayar kos ECRL yang akan menjadi pemangkin ekonomi di negeri negeri pantai Timur,maka saya melihat semuanya bermula adalah kaedah untuk mengiyakan dongeng bahawa Malaysia dilanda masalah hutang yang banyak.

Begitu juga dengan  GST yang menyumbang sebegitu banyak hasil negara,  ditukar kepada SST Sehinggakan Blomberg mengelarkan pentadbiran Malaysia baru yang ‘bodoh’ dan dikhabarkan RM66 billion wang Bank Negara telah digunakan bagi menghalang Ringgit daripada merudum dibawah RM4.50/1USD akibat dari kebodohan Pakatan Harapan memperbesar-besarkan hutang negara.

Malahan di pasaran saham, KWSP kerugian berbelas billion Ringgit manakala berpuluh billion Ringgit lagi wang rezab Bank Negara Malaysia, ghaib dalam kejatuhan pasaran saham.

Sememangnya wang berjumlah RM66 billion itu sudah pun mampu untuk membiayai sepenuhnya kos projek ECRL secara tunai.

Merujuk kata kata Perdana Menteri, Tun Mahathir siapakah bodoh agaknya? Kerajaan pimpinan Najib Razak atau Kerajaan Malaysia Baharu yang rugi setiap perkara dengan nilaian ratusan billion Ringgit dalam tempoh 100 hari mentadbir Malaysia

Hamba Allah-Kuala Lumpur