Perbaiki menara jam rosak

Perbaiki menara jam rosak

SAUDARA PENGARANG, PARA pengunjung ke Taman Rekreasi, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) menggesa agar pihak pengurusan MSSASS membaik pulih dengan segera jam yang sudah bertahun-tahun lamanya tidak berfungsi.

Menara jam ini terletak di belakang kawasan kantin MSSASS yang juga dikenali sebagai Masjid Negeri. Tempat rekreasi ini popular dengan orang ramai yang datang untuk beriadah.

Para pengunjung juga merasakan bahawa tidak elok bagi kawasan menara jam ini dibiarkan dalam keadaan yang tampak terbiar (run down).

Saya sendiri pernah mengunjungi kawasan tersebut pada awal April 2018 lalu dan merakamkan gambar seperti yang tertera. Namun, sehingga cerita ini ditulis, keadaan jam tersebut masih belum berfungsi.

Dengan maklum balas ini, adalah diharapkan agar pihak pengurusan MSSAAS mengambil tindakan positif untuk memperbetulkan kerosakan tersebut.

KAMARUDDIN HASSAN

Seksyen 8, Shah Alam

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...