KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Banyak negara menggunakan pendekatan perniagaan sosial bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja, yang terbukti berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Amanah Belia (myHarapan), Nurfarini Daing, berkata perniagaan sosial adalah perniagaan yang baik kerana ia tidak mengejar keuntungan, sebaliknya menyediakan peluang kepada semua pihak di dalam komuniti.

“Bayangkan berapa ramai remaja yang ada di negara ini, kita boleh mengatasi masalah mereka menggunakan perniagaan sosial sebagai petunjuk kerana kita percaya mereka perlu mencurahkan sepenuh hati dan menyatakan apa di minda untuk membolehkan mereka berdikari.

“Dengan melakukannya, kita menyediakan mereka kapasiti untuk program pembangunan, menjadi mentor, program latihan dan sokongan dana,” katanya dalam satu temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Pada masa ini, 27,000 anak muda dalam kumpulan umur 13-35 tahun terbabit dengan program myHarapan. — Bernama