Pelakon jelita, Fouziah Gous telah mengundang perhatian ramai orang apabila mengenakan hijab.

Fouziah berkongsi dan memuat naik beberapa keping gambar dirinya bertudung di laman Instagram (IG) baru-baru ini.

Rata-rata peminat mendoakan yang baik-baik, malah ada yang berharap moga Fouziah terus beristiqamah dalam menutup aurat.




Namun ada segelintir pengikut yang mengaitkan penampilan bertudung Fouziah mungkin ada kaitan dengan urusannya di Kelantan.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous belum memberi sebarang kenyataan mengenai penampilan tersebut.-GEMPAK