Peguam Muhammad Shafee didakwa

Peguam Muhammad Shafee didakwa

KUALA LUMPUR – Peguam terkemuka negara, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen pagi ini atas empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram.

Sumber dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dihubungi berkata, Muhammad Shafee diberkas di ibu negara pada awal pagi ini.

Muhammad Shafee menjadi tumpuan baru-baru ini selepas Presiden PKR yang dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 September lalu berkata, seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan afidavit mendakwa kononnya Muhammad Shafee menerima bayaran berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetuai pendakwaan terhadap beliau dalam rayuannya bagi hukuman sodomi keduanya pada 2015.

Muhammad Shafee dilantik sebagai Ketua Pendakwaraya dalam rayuan sodomi Anwar di Makhamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 2013 di mana pasukan pendakwaan berjaya dalam mensabitkan kesalahan ke atas Anwar dan dia dijatuhi hukuman lima tahun penjara.

Muhammad Shafee menafikan wang itu adalah bayaran untuk menjadi pendakwaraya khas bagi kes rayuan Anwar sebaliknya berkata, bayaran itu adalah bagi perkhidmatan guaman terhadap UMNO dan Barisan Nasional. – Bernama

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...