Pasangan Lesbian jalani hukuman sebat

Pasangan Lesbian jalani hukuman sebat

KUALA TERENGGANU 3 Sept. – Hukuman sebat ke atas dua wanita setelah mereka mengaku bersalah kerana cuba melakukan hubungan seks sejenis bermula pukul 10 pagi dan selesai sepenuhnya kira-kira pukul 10.17 pagi ini.

Pasangan berusia 32 dan 22 tahun yang memakai baju kurung dan tudung putih itu disebat di khalayak ramai dalam kamar Mahkamah Tinggi Syariah di sini, yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia.

Hukuman dijalankan di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail dengan disaksikan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. dan Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun.

Lebih 100 orang menyaksikan hukuman itu yang dijalankan mengikut Seksyen 125 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Terdahulu, pesalah kedua yang bertudung warna coklat memasuki kamar mahkamah kira-kira pukul 8.23 pagi iikuti pesalah pertama yang bertudung merah pada pukul 8.33 pagi.

Suasana di tingkat empat mahkamah dipenuhi orang ramai termasuk dalam kalanga keluarga, pengamal media, wakil-wakil Persatuan Pegawai Syariah Malaysia di samping Majlis Peguam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam.

Pasangan itu pada awalnya dijadualkan dhukum pada 28 Ogos lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana beberapa masalah teknikal.-Utusan

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...