Operasi Twist menjadi perhatian

Operasi Twist menjadi perhatian

KUALA LUMPUR 29 Julai – Pada pertengahan 2008 Kha­­zanah Nasional Berhad (Khazanah) melaksanakan strategi pelaburan rahsia yang diberi kod nama Operasi Twist.

Menurut laporan The Straits Times, strategi berkenaan me­libatkan pelbagai portfolio pela­buran di Eropah dengan mele­takkan wang sebanyak RM3 bilion kepada Luqman Arnold yang merupakan bekas Jurubank UBS melalui kumpulan pelaburan beliau iaitu Olivant yang menguruskan pela­buran bernilai tinggi di Eropah.

Operasi Twist kemudiannya berubah kepada Operasi Merah yang kemudiannya mengambil alih kira-kira 2.6 peratus kepentingan dalam UBS yang mana Olivant dan Santander Bank dari Sepanyol meru­pakan rakan pelaburan berkenaan, menurut pihak yang arif dengan perkara itu.

Bagaimanapun perjanjian ter­sebut gagal berikutan Lehman Brothers diisytiharkan muflis pada hujung September 2008. Keseluruhan pegangan dalam UBS telah diuruskan oleh bank berkenaan mengakibatkan Khazanah kehilangan pelaburannya bernilai RM3 bilion.

Seperti mana syarikat pela­buran strategik yang lain, Khazanah sangat memilih dalam melaporkan aktiviti pelaburannya dan kerjasama bersama Olivant tidak pernah didedahkan kepada umum. Kebelakangan ini Operasi Twist dan Red bersama-sama dengan pelaburan sulit lain berada di bawah pengawasan kerajaan Malaysia yang baharu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak senang dengan perjanjian berkenaan mengatakan Khazanah telah menyimpang daripada tujuan asalnya.

Dr. Mahathir telah beberapa kali menolak beberapa permintaan daripada Pengarah Urusan Khaza­nah, Tan Sri Azman Mokhtar untuk bertemu dengan beliau yang membawa kepada peletakan ja­watan sembilan ahli lembaga pengarah Khazanah pada minggu lalu.

Tekanan daripada kerajaan yang mahukan Khazanah sentiasa memberi pulangan dalam setiap pelaburannya telah membawa kepada kritikan kerana menjadikan ekonomi negara ku­rang menarik kepada pelabur a­sing disebabkan penguasaannya dalam syarikat-syarikat besar.

Khazanah menguasai syarikat-syarikat yang dominan dalam industri seperti CIMB Group, Te­lekom Malaysia, IHH Group dan Tenaga Nasional selain kepen­tingan dalam perniagaan yang merekodkan kerugian seperti Malaysia Airlines dan Iskandar Malaysia.

Menurut eksekutif kewangan yang mengetahui langkah Kha­zanah yang beralih ke Eropah memberitahu, mandat dana untuk Operasi Twist adalah terlalu besar. Bidaan untuk memperoleh kepentingan dalam UBS menerusi Operasi Red lebih sukar untuk diberi penilaian.

Dalam pada itu, Khazanah men­catatkan prestasi cemerlang pada 2017 dengan lonjakan 84.7 pe­ratus dalam keuntungan sebelum cukai yang belum diaudit kepada RM2.89 bilion berban­ding RM1.57 bilion pada tahun sebelumnya.

Portfolio Nilai Bersih Dilaraskan (NWA) pula meningkat sebanyak RM13.4 bilion atau 13.2 peratus kepada kedudukan tertinggi dalam sejarah iaitu RM115.6 bilion pada tahun lalu berbanding RM102.1 bilion tahun sebelumnya. — Utusan Online

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...