Penyanyi Haqiem Rusli akui sudah lali selepas pelbagai kontroversi yang melanda dirinya.

Haqiem, berkata biasanya netizen hanya mahu mengecamnya tanpa mengetahui hal sebenar yang berlaku.

“Biasalah jika orang tu dah nampak sekali kesalahan kita, apa yang kita buat selepas itu juga akan dilihat sebagai negatif meskipun ia hanyalah perkara kecil.

“Yelah, kalau orang dah tak suka tu, macam-macam orang akan buat. Saya akui memang ramai yang benci saya sekarang ini.

“Tapi saya dah tak kisah dengan semua itu. Kalau nak kecam, kecamlah sebab nanti saya yang dapat pahala.

“Apa yang penting, saya tak kacau orang atau burukkan orang lain,” kata Haiqem kepada Astro Gempak.

Haqiem ditemui ketika  Majlis Sidang Media Kempen terbaharu EraFM di alent Lounge semalam.

Selepas dilanda kontroversi tentang isu depresi, nama Haqiem sekali lagi dipalit kontroversi dengan insiden merampas mikrofon dari seorang peserta di I Can See Your Voice Malaysia minggu lalu.

Bagaimanapun, pelantun lagu Tergantung Sepi itu memberitahu kebanyakan netizen hanya berani di laman sosial.

“Bagi saya kecaman-kecaman semua ini hanyalah berlaku di media sosial sahaja.

“Mereka hanya berani di situ sahaja. Bila berdepan tak ada pula berlaku apa-apa yang negatif sebagaimana yang diperkatakan,” katanya lagi.-GEMPAK