Oleh Mohd Puad Zarkashi

Menteri Besar Johor Datuk Osman Safian kata, Tun M mungkin tidak faham dasar pemilikan hartanah di Johor. Sebab itu Perdana Menteri umum tidak benarkan warga China membeli hartanah di Forest City.

Menurut Osman lagi Tun M tidak faham kerana ketika IRDA (Iskandar Regional Development Authority) diwujudkan Tun M sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Tetapi Perdana Menteri membidas balik MB Johor dengan mengatakan kalau rakyat Malaysia sanggup tinggal di rumah kayu bolehlah jemput rakyat China beli rumah di Johor. Marah betul PM kepada MB Johor walaupun datang daripada parti yang sama iaitu PPBM.

Menurut Tun M…”kerana orang ini ada duit dan boleh melabur, pandai berniaga, boleh buat bangunan yang cantik, tapi kita duduk dalam rumah bebek, rumah kayu bumbung tinggi”.

Takkan begitu sekali cara Perdana Menteri berhujah. Tetapi tuduhan MB Johor bahawa Perdana Menteri tidak faham dasar adalah tuduhan serius. Itu bermakna Perdana Menteri low class, amat autokratik dan buat keputusan tanpa berbincang.

Kesannya amat besar kepada eokonomi negara.

7 September 2018/26 Zulhijjah 1439