Oleh Mohd Puad Zarkashi

Menurut peguam Datuk Seri Najib, Tan Sri Shafie Abdullah, pendakwaan terhadapnya menggunakan Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA) adalah tidak lengkap dan tergesa gesa.

Ini kerana Najib sebagai saksi utama belum dipanggil, disoal siasat dan diambil keterangannya. Sedangkan RM9.5 juta adalah bayaran yang diterima daripada Najib. Maka bagaimana “saksi utama” belum diambil keterangan, tiba tiba si suspek terus didakwa?

Amat berbeza dengan kes Lim Guan Eng pula, keterangan saksi-saksi bagi kes beliau sudah diambil. Semua saksi juga sudah bersedia untuk hadir ke perbicaraan. Tetapi kes digugurkan sepenuhnya.

Apakah kalau Najib dipanggil dan dia beri keterangan yang tidak favour SPRM maka ia tidak menghalalkan tindakan untuk mendakwa Shafie? Hari Najib sepatutnya hadir diambil keterangan, maka hari itulah TS Shafie didakwa. Kehadiran Najib ditangguhkan, tetapi Shafie terus di bawa ke Mahkamah.

Ada tangan ghaib?

Dengan kata lain matlamat utama ialah  Shafie mesti didakwa terlebih dahulu. Dia akan menjadi mangsa mahkamah persepsi dan perbicaraan media. Objektifnya ialah “Character assassination”.

Kesudahnya  Shafie akan terhalang menjadi Peguambela kepada  Najib.

15 September 2018/ 5 Muharram 1440