KUALA LUMPUR 30 Ogos – Pejabat Menteri Dalam Negeri hari ini menafikan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pagoh.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Dalam Negeri, berita mengenai peletakan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu yang telah tular dalam media sosial merupakan mesej palsu.

Jelas kenyataan itu, penyebaran berita palsu adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tegas.

“Merujuk kepada mesej yang sedang tular mengenai peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Ahli Parlimen Pagoh, saya ingin memaklumkan bahawa mesej tersebut adalah palsu.

“Penyebaran berita palsu adalah satu kesalahan di bawah undang-undang negara dan tindakan tegas boleh diambil ke atas mereka yang melakukan kesalahan ini,” katanya menerusi catatan dalam akaun Facebook Muhyiddin, hari ini. – UTUSAN