Menteri ada satu setengah 
tahun bukti prestasi – Anwar

Menteri ada satu setengah 
tahun bukti prestasi – Anwar

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Presi­den PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan akan merombak semula jemaah Kabinet Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara nanti.

Anwar berkata, pelantikan akan dibuat dengan menilai pres­tasi menteri-menteri Kabinet sedia ada yang telah dibentuk Dr. Mahathir.

“Mereka mempunyai satu setengah tahun untuk membuktikan diri mereka. Jika mereka biasa-biasa saja atau tidak mempunyai kepakaran atau pres­tasi mereka adalah buruk, kita pasti perlu menyemak semula,” katanya dalam wawancara khas bersama Channel News Asia, semalam.

Ditanya mengenai pilihan beliau untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar tidak menamakan sesiapa dan menegaskan ia akan ditentukan oleh ahli-ahli Parlimen.

“Terpulang kepada cadangan ahli-ahli Parlimen, parti-parti akan menentukannya. Tidak perlu bagi saya melangkauinya.

“Memang ada pemahaman umum tetapi hanya membabitkan kedudukan saya. Tidak ada desakan atau melobi bagi orang yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut menyatakan, beliau terbuka dengan cadangan untuk mewujudkan jawatan khusus bagi Dr. Mahathir selepas bersara daripada menjadi Perdana Menteri.

“Mewujudkan satu peranan khas seperti menteri kanan atau menteri mentor di Singapura tidak akan menjadi ‘masalah’ jika hubungan antara saya dan Mahathir kekal mesra,” katanya.

 

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...