Peguam Negara menarik balik pertuduhan terhadap Lim Guan Eng setelah 25 saksi dipanggil memberi keterangan. Persoalan saya apa beza kes rasuah LGE dengan kes Khir Toyo.

Atau mungkin persoalan yang lebih besar ialah, apa beza Kerajaan BN dengan Kerajaan PH.

Di bawah Kerajaan BN banyak tindakan undang-undang telah diambil ke atas anggota kerajaan termasuklah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Haron Idris dan Khir Toyo serta Menteri Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim. Ketiga-tiga mereka di dapati bersalam dan dipenjara.

Jangan juga kita lupa nasib Muhammad Mohd Taib dan Abu Hassan Omar serta Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik. Walaupun tiada pertuduhan dibawa kepada mereka tetapi mereka telah diarah melepaskan jawatan setelah timbul kontroversi terhadap tindakan peribadi mereka.

Senarai pemimpin parti komponen BN yang dikenakan tindakan atau di arah berhenti sewaktu pentadbiran BN tidak terhad kepada yang tersenarai di atas.

Bahkan saya merasa begitu yakin, sekiranya Kerajaan PH rebah dah diambil ahlih semula oleh BN sebelum pelbagai kes Mahkamah ke atas bekas PM Najib Razak, Kerajaan baharu BN pasti akan membiarkan kes atas Najib diteruskan dan biar Mahkamah membuat keputusan.

Ini adalah DNA BN yang terbukti selama 60 tahun lebih mentadbir negara.

Biar huduh biar buruk, biar busuk biar kotor, BN tidak akan membiarkan Mahkamah menarik balik kes-kes ke atas ahlinya. Itu tidak dapat dinafikan.

Nampaknya Kerajaan PH sebenar-benarnya tidaklah secantik yang di kata. Tidaklah berpegang pada kata-kata. Tidaklah mempunyai citarasa terhadap keadilan di Mahkamah.

Syed Azidi