Oleh Mohd Puad Zarkashi

Tidak lama lagi bajet Pakatan Harapan (PH) akan dibentangkan. Apa agaknya kelentong mereka kali ini. Kerajaan PH menghadapi masalah kewangan berat setelah silap menggantikan GST kepada SST termasuk ‘tax holiday’ selama 3 bulan. Kita tunggu apa cukai baru yang akan dibebankan kepada rakyat?

Kenapa kelentong? Semasa membentangkan laporan separuh penggal RMK 11 (2016-2021), Tun Mahathir langsung tidak menyentuh tentang janji 100 hari yang gagal ditunaikan. Sepatutnya beliau mengemukakan “tawaran baru” atau new deal bagaimana janji itu dapat dilaksanakan semula.

Tetapi Tun M membiarkan janji itu berlalu begitu sahaja. Mereka melepaskan tengkuk dengan berbagai alasan. Tetapi mampukah Tun M terus berbohong. Tahun hadapan seperti diramalkan “recession” akan berlaku. Harga barang akan terus meningkat.

Seperti krisis ekonomi ekonomi dan Politik pada tahun 1998-1999, dijangkakan ia akan berulang pada tahun 2018-2019. Melibatkan pelakon yang sama iaitu Mahathir vs Anwar. Pergeseran akan memuncak. Tun M kesuntukan masa kerana dia baru dapat Tok Pa (Mustapha Mohamad) seorang untuk menyertai kem PPBM.

Dia tahu Anwar Ibrahim sudah menggerakkan buah caturnya lebih awal ke hadapan.

28 Oktober 2018/ 19 Safar 1440