KUALA LUMPUR 27 Okt. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah memintanya untuk membubarkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, beliau pernah berjumpa dengan Dr. Mahathir secara peribadi bersama Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden UMNO
Terdahulu, ketika berucap dalam majlis tersebut, Ahmad Zahid mendakwa, beliau mungkin tidak berdepan dengan pelbagai pertuduhan di mahkamah jika memilih untuk melompat parti.
Malah beliau turut memberi peringatan kepada kepemimpinan parti pembangkang yang lain bahawa mereka juga mungkin berdepan tindakan sama.
“Bukan hanya pemimpin UMNO akan terus disiasat, diheret ke mahkamah, saya hampir pasti pemimpin MIC, pemimpin lain pun sama.
“Ada satu sayap (Pemuda UMNO) menyebut Presiden patut ambil cuti sehingga kes selesai. Kes akan selesai mungkin tiga, empat tahun, penggal presiden tiga tahun. No way (jangan harap),” katanya.