Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang pernah mengejutkan raja-raja Melayu pada tahun 1993 dengan meminda Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (menghapuskan kekebalan raja), sememangnya mempunyai semangat anti raja yang tinggi di dalam dirinya.

Sentimen itu wujud secara semulajadi di dalam diri beliau, antaranya disebabkan oleh faktor asal usul keturunan Tun Mahathir dari negeri Kerala, di selatan India yang mana masyarakat disitu memang diterapkan semangat menentang golongan bangsawan atau aristokrat.

Nilai anti raja itu, diperkuatkan lagi melalui didikan keluarga Tun Mahathir iaitu bapanya Mohamad Iskandar yang bertugas sebagai guru sekolah dan berdepan dengan karenah anak kerabat diraja iaitu Tunku Abdul Rahman Putra (Perdana Menteri Malaysia yang pertama).

Faktor tersebut terus memperkuatkan semangat anti raja di dalam jiwa Tun mahathir sehinggalah beliau terdorong untuk begitu lantang mengkritik Tunku Abdul Rahman ketika Tunku menjawat jawatan Perdana Menteri.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku, Raggie Jessy berkata sentimen anti raja yang begitu kuat dalam jiwa Tun Mahatihr itu bukan sahaja membimbangkan masyarakat Melayu malahan institusi raja juga tatkala Tun Mahathir sekali lagi menduduki kerusi Perdana Menteri.

“Keturunan masyarakat dari negeri Kerala, India, memang pekat kebencian mereka terhadap institusi diraja. Ia adalah fakta sejarah dan bukannya saya cuba membangkitkan sentimen perkauman (racism).

“Justeru, ayah Tun Mahathir iaitu Mohamad Iskandar memang bencikan kerabat diraja. Manakala Tun Mahathir pula membenci golongan kerabat diraja dan aristokrat,” katanya.

Menurut Raggie lagi, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa perkara terakhir yang beliau akan lakukan sebelum beliau mati adalah untuk memastikan negara Malaysia tidak diperintah oleh golongan aristokrat.

Raggie menjelaskan perkara itu malam tadi di dalam satu program bual bicara bersama TV online, Nothing To Hide Media yang disiarkan secara langsung di laman sosial Facebook.

Untuk makluman, ‘Krisis Perlembagaan 1993’ yang diusulkan oleh Tun Mahathir adalah  memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu, seperti disebut dalam Perkara 181(2) Perlembagaan Persekutuan: “Tiada apa-apa pembicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu negeri atas sifatnya sendiri”.

Antara kandungan perbahasan Tun Mahathir ketika membahaskan pindaan berkenaan di Dewan Rakyat pada 8 Mac 1993, adalah seperti berikut:

Tuan Yang di-Pertua, Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar pada 18 Januari 1993 mengenai tujuan Kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa yang dianggap sebagai kekebalan atau immunity Raja-Raja, iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan.

Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang- undang sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman. Dengan pindaan ini adalah dipercayai perasaan marah kepada Raja atau Sistem Beraja dapat dielakkan kerana rakyat akan dilindungi oleh undang-undang daripada dianiaya oleh Raja dan dengan itu adalah dipercayai dan diharap Raja tidak akan melakukannya.

Dengan pindaan ini, perhubungan di antara Raja dengan rakyat akan menjadi lebih teratur dengan kedua- kedua pihak mempunyai hak-hak tertentu di bawah undang- undang yang jelas dan bukan lagi hanya ditentukan oleh adat yang mudah disalaherti dan disalahtafsirkan.

Rakyat tidak lagi akan marah kepada Raja kerana apa yang dilakukan oleh Raja adalah terhad kepada peruntukan di bawah undang-undang. Sebaliknya jika rakyat melakukan sesuatu kesalahan terhadap Raja, maka yang akan menentukan hukum ialah pengadil atau hakim dalam Mahkamah Khas yang akan menguatkuasakan undang- undang biasa. -Malaysiakita