Oleh Mohd Puad Zarkashi

Perhimpunan Agung Umno 2018 kali ini nampak simple tetapi semangat perwakilan dan pemerhati tidak pernah luntur. Tetap meriah. Bayangkan kalau 21 langkah dalam ucapan dasar Presiden itu terlaksana, UMNO tidak akan runtuh, pupus dan musnah seperti yang Tun Mahathir kata semasa di New York.

UMNO tidak akan runtuh kerana UMNO ada akar umbi. Itu Tun Mahathir sendiri tahu. Sebab itu apa yang tersirat dalam kenyataan Tun M itu ialah dia akan membunuh UMNO secara paksa dan disengajakan. Sebab itu “Rule of law” dipermainkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sekarang. Najib dilumatkan dengan 31 pertuduhan. Beberapa pemimpin UMNO akan dikejar sampai ke lubang cacing supaya menyerah diri.

Kepada Tun M, jika itu caranya untuk membunuh UMNO, maka jawapan saya kepada Tun M ialah “Langkah mayat saya dulu”. Kehadiran 15 wakil Kelab UMNO Luar Negara dan hampir 54 orang wakil Mahasiswa Nasional adalah bukti pelapis UMNO tidak gentar dengan cara kasar Tun M.

Kepada pemimpin UMNO dari peringkat Ahli Majlis Tertinggi hingga ke Ketua Bahagian bersedialah untuk di terajang dan dihumban oleh regim zalim Tun M. Dan bersempena PAU 2018 yang akan berakhir petang ini, diharap semua perwakilan bersuara lantang, kalau mahu membunuh UMNO, “Over my dead body”.

Insyaallah UMNO akan bangkit berkuasa.

30 September 2018