KUALA LUMPUR, 2 Ogos — House of Sillage, peneraju dalam haruman mewah, kini meneroka bidang kosmetik dengan pelancaran bekas lipstik edisi terhad dan isian semula.

Setiap lipstik, dari pilihan 14 warna, didatangkan dalam bekas berbentuk bow dalam enamel hitam atau putih, dihiasai lebih 300 kristal swarovski dengan cermin untuk mengaplikasinya dengan mudah.

Lipstik bertekstur satin ultra-krim itu juga mengandungi serbuk berlian tulen berkualiti tertinggi bagi mewujudkan aura penyeri kecantikan sebenar.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif House of Sillage, Nicole Mather mereka bentuk produk itu dengan mengambil kira ciri-ciri unik di sebalik simbol bow yang ikonik.

“Kami mahu memberi penghormatan kepada inspirasi bow yang berkekalan terhadap kewanitaan. Kita telah melihat kecantikan bow selama berdekad dalam budaya dan kami percaya kami telah menterjemahkan kecantikan pembungkusan wangian kami ke dalam kosmetik,” katanya dalam satu kenyataan. — Bernama