TAHUN lalu, kelakuan pelakon Iqram Dinzly yang mencetuskan kontroversi menjadi perhatian ramai netizen. Namun ramai yang lega melihat perubahan Iqram yang kini lebih positif dan tidak lagi seperti dahulu.

Namun, baru-baru ini nama Iqram sekali lagi menjadi bualan ramai dan kecaman netizen apabila meninggalkan komen berbaur lucah di foto poster Uqasha Senroseyang membawakan watak wanita bunian cantik dalam filem Hantu Kak Limah.

 

Seperti sudah dijangka, komen tersebut mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang menggelar Iqram seorang yang biadap, serta mengatakan dia masih lagi belum ‘pulih’ sepenuhnya. Tidak kurang juga ada yang mengatakan Iqram mahu meraih perhatian ramai.

Namun menurut Iqram, dia bukan ingin berlaku biadap tetapi sebenarnya dia mengagumi tranformasi dilakukan oleh Uqasha yang dilihat berjaya membawakan watak tersebut.

Bagaimanapun, Uqasha sedikit pun tidak terkesan dengan komen Iqram memandangkan mereka berdua merupakan kawan baik sejak dulu lagi dan mungkin sudah masak dengan perangai masing-masing.-Rotikaya