TAKTIK Khairy Jamaludin untuk cuba meraih publisiti di kempen PRK Cameron Highland, berubah menjadi kecaman liar oleh warga netizen.


Khairy yang membuat kenyataan melalui portal Malaysiakini, untuk memperlekehkan kempen Najib Razak di PRK Cameron,disifatkan sebagai usaha terdesak beliau untuk menarik perhatian ramai terhadap penyertaannya membantu kempen BN disitu.

Laman Facebook Malaysiakini yang menyiarkan “KJ: Troll takkan buat orang lupa Najib ada kes mahkamah” mendapat lebih 900 komen kecaman daripada keseluruhan 1,000 komen yang diterima selepas 2 jam ia disiarkan disitu.

Kebanyakan kecaman itu menyifatkan Khairy sebagai cuba meraih publisiti murahan selepas melihat kempen Najib begitu menyerlah dan mendapat perhatian pengundi mahupun netizen.

“Sian mamat ni jadi trojan horse PH. Kalu tak kerana Pak Lah, di cawangan pun mamat ni tak boleh menang,” kata Mahyudin Ensem

“KJ juga boleh di salahkan sebagai punca kekalahan BN dulu. KJ gagal menarik anak2 muda menyokong BN. Pemuda UMNO juga sangat lemah di bawah kepimpinan KJ. Program KBS hanya sekadar makeup tanpa apa-apa pengisian ” kata Alias Mohd

“Lepas kalah pemilihan presiden,KJ terus membenci orang2 yg pernah naikkan dia. Kesian…putih dah janggut YB,” kata Kasrina Abd Muin

Kebanyakan warga netizen menghargai usaha Najib membantu kempen PRK itu walaupun beliau bukan lagi Presiden Umno.

Berbeza dengan tindakan KJ yang disifatkan cuba melaga-lagakan dan memperlekehkan jentera kempen BN di situ.-MalaysiaKita