KUALA LUMPUR, 31 Julai — AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) menyaksikan peningkatan dalam perniagaan sewa beli selepas bermulanya era cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkadar sifar pada Jun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, pertumbuhan itu telah didorong sebahagian besarnya oleh permintaan terhadap kereta yang lebih mahal berbanding dengan model buatan Malaysia.

“Kita lihat beberapa aspek positif selepas berakhirnya GST, tetapi keadaan ini akan menjadi normal tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini hari ini.

Bagaimanapun, Sulaiman tidak menjangka iklim perniagaan sewa beli akan bertambah baik, memandangkan, pasaran kereta secara keseluruhan sedang merosot, khususnya kereta nasional dan kereta baharu.

“Ya, harga kereta selepas GST sudah menurun, ini sepatutnya merangsang orang ramai membeli kereta. — Bernama