Kerjasama pasaraya perluaskan program Mutiara Food Bank

Kerjasama pasaraya perluaskan program Mutiara Food Bank

PULAU PINANG 4 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperluaskan program ‘Mutiara Food Bank’ iaitu projek pengumpulan serta pengagihan lebihan makanan yang dijalankan dengan kerjasama beberapa pasar raya terkemuka di negara ini mulai tahun depan.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan rancangan tersebut bagaimanapun bergantung kepada kejayaan ‘pilot project’ berkaitan program itu yang akan dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Kelantan dan Negeri Sembilan tidak lama lagi.

“Program ini tidak memberikan implikasi yang besar dari segi kewangan kerana setiap pasar raya ada lebihan makanan sendiri daripada seksyen buah-buahan, sayur-sayuran dan bakeri (roti dan kek). Cuma, kita perlu selaraskan kutipan dan pengagihannya sahaja.

“Saya melihat ini antara ‘program segera’ yang boleh kementerian gerakkan ketika ini kerana menerima sambutan yang sangat baik,” katanya selepas sesi taklimat bersama pengurusan pasar raya Tesco dan Food Aid Foundation di Tesco Extra Sungai Dua, di sini hari ini.

Menerusi projek tersebut, lebihan makanan khususnya yang masih elok dan belum terjual akan diagihkan untuk dinikmati oleh golongan yang kurang berkemampuan. – UTUSAN ONLINE

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...