KUALA LUMPUR: Penyanyi baharu, Khalis yang juga adik kepada vokalis Spin, Allahyarham Achik tidak malu mengakui, masih bekerja sebagai pegawai keselamatan di sebuah syarikat telekomunikasi di Seremban, Negeri Sembilan.

Khalis, 30, yang tampil solo sejak setahun lalu selepas kumpulan The Real Spin berpecah, bersyukur dipertemukan dengan majikan yang memahami, malah memberikan kelonggaran jika terikat undangan persembahan.

“Saya hanya mencari rezeki yang halal. Tiada apa yang perlu dimalukan kerana saya tidak menyusahkan sesiapa. Alhamdulillah, setakat ini saya tidak berdepan masalah besar meneruskan minat dalam bidang seni.

“Saya masih mampu menyusun jadual kerja dengan baik. Mungkin apabila semakin sibuk nanti, saya akan memikirkan perancangan lain supaya tidak mengganggu kerja,” katanya.

Khalis berkata, dia memilih untuk bergerak solo selepas kontrak The Real Spin bersama Solaris Entertainment berakhir, Julai tahun lalu. Selama dua tahun bersama kumpulan itu, dia sempat merakamkan sebuah single, Semakin Rindu.

“Memandangkan masing-masing mempunyai komitmen tersendiri, hanya saya yang menyambung kontrak. Mereka tiada masalah saya meneruskan minat memandangkan masing-masing sudah berkeluarga.

“Tetapi, jika nanti ada permintaan untuk kami kembali bergabung nanti, saya tiada masalah bekerjasama,” katanya.

Bakal muncul dengan single solo pertamanya, Selalu Rindu, Khalis berkata, dia masih mendapatkan khidmat komposer yang sama, Cuna Alfian dan Atan Alfian.

“Melihat sambutan positif terhadap Semakin Rindu yang mencecah 3.5 juta tontonan di YouTube, saya percaya Selalu Rindu juga berpeluang mengulangi pencapaian yang sama. Hanya itu yang saya harapkan,” katanya.

KUALA LUMPUR: Penyanyi baharu, Khalis yang juga adik kepada vokalis Spin, Allahyarham Achik tidak malu mengakui, masih bekerja sebagai pegawai keselamatan di sebuah syarikat telekomunikasi di Seremban, Negeri Sembilan.

Khalis, 30, yang tampil solo sejak setahun lalu selepas kumpulan The Real Spin berpecah, bersyukur dipertemukan dengan majikan yang memahami, malah memberikan kelonggaran jika terikat undangan persembahan.

“Saya hanya mencari rezeki yang halal. Tiada apa yang perlu dimalukan kerana saya tidak menyusahkan sesiapa. Alhamdulillah, setakat ini saya tidak berdepan masalah besar meneruskan minat dalam bidang seni.

“Saya masih mampu menyusun jadual kerja dengan baik. Mungkin apabila semakin sibuk nanti, saya akan memikirkan perancangan lain supaya tidak mengganggu kerja,” katanya.

Khalis berkata, dia memilih untuk bergerak solo selepas kontrak The Real Spin bersama Solaris Entertainment berakhir, Julai tahun lalu. Selama dua tahun bersama kumpulan itu, dia sempat merakamkan sebuah single, Semakin Rindu.

“Memandangkan masing-masing mempunyai komitmen tersendiri, hanya saya yang menyambung kontrak. Mereka tiada masalah saya meneruskan minat memandangkan masing-masing sudah berkeluarga.

“Tetapi, jika nanti ada permintaan untuk kami kembali bergabung nanti, saya tiada masalah bekerjasama,” katanya.

Bakal muncul dengan single solo pertamanya, Selalu Rindu, Khalis berkata, dia masih mendapatkan khidmat komposer yang sama, Cuna Alfian dan Atan Alfian.

“Melihat sambutan positif terhadap Semakin Rindu yang mencecah 3.5 juta tontonan di YouTube, saya percaya Selalu Rindu juga berpeluang mengulangi pencapaian yang sama. Hanya itu yang saya harapkan,” katanya.-BH Online