Kempen Jalur Gemilang peringkat negeri dilancarkan selama sebulan

Kempen Jalur Gemilang peringkat negeri dilancarkan selama sebulan

KUALA TERENGGANU 12 Ogos – Bulan Kebangsaan dan Kempen Jalur Gemilang peringkat negeri mula dilancarkan hari ini yang berlangsung selama sebulan melibatkan penyertaan seluruh agensi kerajaan dan masyarakat di negeri ini.

Majlis pelancarannya diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya; Speaker Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali; Exco Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri, Ariffin Deraman.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah juga hadir.

Program bermula dengan persembahan ‘Ritma Gen-T Merdeka’ oleh pelajar sekolah disusuli tayangan montaj lagu tema Hari Kebangsaan dan perarakan masuk 30 anggota Rejimen 512 Askar Wataniah yang membawa Jalur Gemilang.

Seterusnya perarakan membawa masuk Jalur Gemilang oleh Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSTLDM) yang kemudian dinaik serta dikibarkan dengan iringan lagu Negaraku.

Menteri Besar kemudian menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua pegawai daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT), pengarah-pengarah agensi keselamatan dan penguatkuasa serta badan beruniform.

Sebelum bersurai, Dr. Ahmad Samsuri turut menyempurnakan gimik pelancaran dengan melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan-kenderaan jabatan. – UTUSAN ONLINE

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Video Terkini

Loading...