Pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha dibenarkan pulang ke rumah selepas tahap kesihatannya semakin pulih.

Menerusi entri di Instagram, Mia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dirinya sepanjang berada di hospital.

“Alhamdulillah. Mia bertambah sihat. InsyaAllah kalau takde apa-apa esok (semalam) boleh dah discharge from the hospital.

“Mia nak ucapkan terima kasih pada semua yang doakan Mia,” tulisnya.

Rata-rata peminat melahirkan rasa syukur dan berharap agar Mia dapat rehat secukupnya dan kembali semula untuk berlakon selepas ini.

Sebelum ini Mia ditahan di hospital kerana mengalami bengkak buah pinggang akibat jangkitan kuman pada air kencing.

Menurut bapa Mia, Muhammad Ridhuan, Mia mula dirujuk kepada doktor selepas mengadu sakit ketika mahu membuang air kecil.-GEMPAK