KUALA LUMPUR, 1 Sept – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berharap kerajaan tidak akan menjual aset milik Petronas kepada syarikat Petron seperti yang dilaporkan oleh media Jepun Nikkei sebelum ini

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada perkembangan terbaru semalam iaitu perlantikan syarikat minyak Filipina, Petron sebagai pembekal bahan api kepada kerajaan dan Petronas diminta untuk membayar 50% lebih dividen sebanyak RM24 bilion kepada kerajaan tahun ini.

“Sepanjang 10 tahun lalu di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), kita tidak menjarah wang Petronas dan kami tidak memaksa Petronas untuk membiayai projek yang tidak ada kaitan dengan industrinya sebagaimana dilakukan pada masa lalu,

“Ini kerana kita mahu Petronas menjadi salah satu syarikat terbesar dunia dan bersiap sedia apabila rizab minyak dan gas Malaysia berkurangan.

“Ekoran langkah itu, aset dan baki tunai Petronas telah meningkat berkali ganda bagi tempoh 10 tahun lalu. Hari ini, Petronas memiliki baki tunai RM174 bilion bagi perancangan pembangunan mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Nikkei memetik kenyataan Presiden syarikat Petron Ramon Ang sebagai berkata syarikat itu bersedia untuk membeli aset-aset milik Petronas di Malaysia apabila kerajaan Malaysia mula menswastakan Petronas dan aset-aset lain negara di atas alasan untuk mengurangkan hutang kerajaan RM1 trilion yang merupakan angka rekaan sendiri, kata Mohamad yang turut menyertakan pautan berita tersebut, iaitu; https://asia.nikkei.com/Business/Companies/Philippines-San-Miguel-eyes-Malaysia-s-state-assets-sale

“Ia adalah satu tragedi buat negara jika Petronas atau asetnya dipecahkan dan dijual kepada negara asing,” tegas Mohamad. – Media UMNO.

RECENT POSTS

Suara Keramat Orang Melayu

Pasir Salak, 1 September — Hadirin yang hadir bersemangat melaungkan ‘ Hidup Melayu’ pada Himpunan Melayu Bangkit di Kampung Gajah…

8 hours ago

Hidup UMNO Bergema di Bumi Pasir Salak

Pasir Salak, 1 September — Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin…

8 hours ago

Amanat Setiausaha Agung UMNO

Pasir Salak, 1 September — Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyampaikan ucapan ketika hadir pada Himpunan Melayu Bangkit…

8 hours ago

Dari Salah Titik Perpuluhan, Beralih Silap Istilah Perakaunan Pula!

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyindir Menteri Kewangan Lim Guan…

21 hours ago

PRK Dun Seri Setia: Beri Sokongan Padu Kepada Calon Pas

PETALING JAYA, 1 Sept – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)…

22 hours ago

Ceramah Umum PRK Dun Seri Setia

PETALING JAYA 31 Ogos — Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohammad Hassan bersama Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man…

24 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan Anda